Refund Policy

PEMULANGAN ATAS SEBAB-SEBAB BUKAN KESILAPAN PENJUAL
  



Kami percaya bahawa kami berurusan dengan pelanggan-pelanggan yang jujur

dan amanah sahaja.




Oleh sebab itu, kami memahami sekiranya anda ingin memulangkan semula barang yang dibeli atas sebab-sebab seperti warna tidak sesuai dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, sekiranya pemulangan adalah bukan atas kesilapan pihak kami, terma-terma berikut adalah terpakai:

1. Sila hubungi kami di cantikstorage@yahoo.com dalam masa 2 (dua) hari dari tarikh penerimaan barang, dan maklumkan kepada kami bahawa anda ingin memulangkan barang tersebut. Sertakan juga no. akaun bank untuk kami membuat pembayaran. Kami akan menghantar e-mel pengesahan. Barang yang ingin dipulangkan hendaklah sampai kepada kami dalam masa 7 (tujuh) hari daripada tarikh e-mel pengesahan tersebut.

2. Kami akan memulangkan wang sebaik sahaja kami menerima barang yang dipulangkan. Pemulangan adalah berdasarkan harga barang, tidak termasuk kos Pos Laju. Sila ambil perhatian bahawa kami akan memotong 25% daripada jumlah harga barang sebagai kos penyelenggaraan stok.

3. Barang yang dipulangkan hendaklah dalam keadaan asal. Sekiranya barang didapati kotor, telah dipakai/digunakan atau rosak, dan telah dibasuh pemulangan wang tidak akan dilakukan.

4. Kos penghantaran yang telah dikenakan tidak akan dipulangkan semula.

5. Kos penghantaran pemulangan adalah di bawah tanggungan pembeli.



PEMULANGAN ATAS SEBAB BARANG ROSAK
Pihak kami berusaha agar semua barang yang dijual dalam keadaan baik. Kami akan sentiasa membuat pemeriksaan teliti sebelum penghantaran dibuat. Walau bagaimanapun, sekiranya tuan/puan mendapati barang yang dihantar adalah rosak, silalah berhubung dengan kami di cantikstorage@yahoo.com dalam masa 2 (dua) hari daripada tarikh penerimaan barang. Sila kepilkan bukti kerosakan melalui gambar, untuk rekod pihak Cantik Storage. Kami akan menghantar e-mel pengesahan. Sekiranya masih ada stok yang sama, kami akan menggantikan barang yang rosak tersebut. Namun begitu, wang akan dipulangkan semula jika tidak ada stok yang sama.